SELAMAT DATANG

Blog ini akan memaparkan tentang Program Pendidikan Khas umum dan PPKI di sekolah saya ( SK BINJAI JAYA ) , KSSR Pendidikan Khas serta program pembelajaran yang berkaitan dengan mata pelajaran B.Malaysia KSSR bagi Pendidikan Khas.

Tuesday 13 December 2011

MENGENAL AHLI KELUARGA SAYA

LIHAT GAMBAR DENGAN TELITI. SEBUTKAN GELARAN AHLI KELUARGA DI BAWAH.

CIKGU LIA HARAP , MURID-MURID BOLEH MENYEBUT NAMA AHLI KELUARGA ANDA DENGAN BETUL.



Sunday 11 December 2011

MASA BERCERITA

HAYATI CERITA INI DAN JAWAP SOALAN GURU ANDA.

MENGENAL SAYUR-SAYURAN

DENGAR DAN SEBUT DENGAN BETUL NAMA SAYUR-SAYURAN DI ATAS. TULISKAN NAMANYA DI DALAM BUKU TULIS.

1. Tomato
2.Bawang
3. Cili
4. Kobis
5. Halia
6. Kacang Panjang
7. Petai
8. Terung
9. Sawi
10. Kangkung

SYOKNYA.... MENGEJA SAMBIL MENYANYI.....TERIMA KASIH CIKGU HANAFI SBERNAM...

MAKLUMAT UMUM KSSR PKHAS

Laman ini akan memaparkan beberapa  Komposisi KSSR dan peruntukan waktu  bagi Program Pendidikan Khas.



MENGUASAI KEMAHIRAN TATABAHASA

  • Tatabahasa adalah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa      ( Nik Safiah Karim,2002).
  • Mempelajari tatabahasa pada  peringkat awal dapat  membantu muridmurid membina ayat dengan lebih baik. 
  • Di bawah adalah pelajaran berkaitan Tatabahasa. Guru dan ibu bapa boleh membimbing murid dengan memberikan contoh -contoh tambahan selain daripada yang dipaparkan. 
  • Selamat belajar dan menguasai tatabahasa. 

JOM MENYANYI.....BERSUKA RIA.....HIBURKAN HATI..... HIDUP CERIA

MENULIS HURUF ABJAD BESAR DENGAN BETUL

Hai adik-adik.... hari ini adik-adik membuat latihan berdasarkan paparan yang cikgu tunjukkan. Sila ambil kertas dan pensil untuk menyalin semula bentuk huruf yang dilihat. Selamat mencuba....

        A           B            C           D            E

         F          G            H           I            J 

         K           L           M           N          O 

         P           Q           R           S           T  

         U           V           W          X           Y            Z

MARI BERGEMBIRA


Menurut Yunus Maris ( 1980 ) dalam bahasa Melayu Baku terdapat 6 vokal iaitu /i /,/e taling /, /e pepet/ ,  /a/, /o/ dan /u/.  Manakala terdapat 21 huruf konsonan  Bunyi bagi vokal membantu murid menguasai kemahiran membatang suku kata apabila huruf konsonan bergabung dengan vokal. Dengan gabungan KV, bunyi sesuatu suku kata boleh dihasilkan. Kemahiran ini sangat penting dipelajari agar murid biasa mendengar bunyi dan akhirnya mudah untuk menguasai kemahiran membaca. 
Untuk menarik minat murid-murid,
Mari belajar sambil menyanyikan lagu ini..SELAMAT BERGEMBIRA

Friday 2 December 2011

MARI BACA KISAH KURA-KURA DAN ARNAB.

Guru akan membimbing murid sambil mendengar kisah ini. Murid-murid sila dengar kisah kura-kura dan arnab ini dengan teliti. Jawab soalan-soalan yang guru kemukakan. Soalan yang dikemukakan boleh dipelbagaikan oleh guru.

TAJUK : MENGENAL BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Buah-buahan tempatan memang enak di makan oleh setiap orang.Buah-buahan tempatan bermaksud buah-buahan yang ditanam di negara kita Malaysia. Terdapat berbagai jenis buah-buahan tempatan seperti pisang, durian, ciku,manggis, langsat, rambutan, betik, tembikai, nangka , cempedak, limau dan sebagainya. Buah-buahan tempatan ini mempunyai berbagai bentuk dan warna.Mari kita mengenal beberapa jenis buah-buahan tempatan. Sebut dengan betul.