SELAMAT DATANG

Blog ini akan memaparkan tentang Program Pendidikan Khas umum dan PPKI di sekolah saya ( SK BINJAI JAYA ) , KSSR Pendidikan Khas serta program pembelajaran yang berkaitan dengan mata pelajaran B.Malaysia KSSR bagi Pendidikan Khas.

Tuesday 22 November 2011

MARI MEMBACA SUKU KATA KV

MURID-MURID, MARI MEMBACA SUKU KATA DI BAWAH. DENGAR DENGAN TELITI DAN IKUT BUNYINYA, SELAMAT MEMBACA...

Saturday 19 November 2011

AJUK BUNYI HAIWAN DI BAWAH.


JOM BUAT DOH (PLASTISIN ) SENDIRI... TAK PERLU BELI LAGI....

Doh atau plastisin sangat membantu murid dalam kemahiran manipulatif ( motor halus). pelbagai bentuk boleh dihasilkan dengan menguli doh. 
Doh juga adalah bahan bantu belajar murid yang mudah didapati. Dalam subjek Bahasa Malaysia, doh boleh digunakan untuk sebagai bbb dalam kemahiran mengenal huruf dan bentuknya. 
Guru boleh memberikan doh kepada murid dan meminta murid menguli dan seterusnya membentuk huruf seperti yang dilihat oleh murid. 
Ibu bapa juga boleh menggunakan doh sebagai bahan bantu yang sangat efektif dan menyeronokkan dalam kemahiran mengenal huruf abjad. 
Untuk mendapatkan doh yang murah, tahan lama  dan berkualiti... MARI SAMA-SAMA KITA BUAT DOH SENDIRI SEPERTI RAMUAN DI BAWAH:-
1. Tepung gandum dijemur di bawah panas terik ( gebu)
2. Uli tepung dengan air masak dan dicampurkan dengan planta
3. Masukkan pewarna makanan (serbuk)
4. Uli hingga sebati. 
5. Untuk penyimpanan, bungkus dengan plastik jernih( balut buah tembikai )
6. Masukkan ke dalam bekas bertutup
7. Simpan dalam peti sejuk di bahagian  'chiller'.

SELAMAT MENCUBA!!!!!!

MARI KUASAI ABJAD

Baca huruf-huruf di bawah ini.

ab

aab        baa
bab        bab
bb       abb
ab       aaa
aab        bbb
ababababab