SELAMAT DATANG
Blog ini akan memaparkan tentang Program Pendidikan Khas umum dan PPKI di sekolah saya ( SK BINJAI JAYA ) , KSSR Pendidikan Khas serta program pembelajaran yang berkaitan dengan mata pelajaran B.Malaysia KSSR bagi Pendidikan Khas.
Wednesday, 14 December 2011
Tuesday, 13 December 2011
MENGENAL AHLI KELUARGA SAYA
LIHAT GAMBAR DENGAN TELITI. SEBUTKAN GELARAN AHLI KELUARGA DI BAWAH.
CIKGU LIA HARAP , MURID-MURID BOLEH MENYEBUT NAMA AHLI KELUARGA ANDA DENGAN BETUL.
CIKGU LIA HARAP , MURID-MURID BOLEH MENYEBUT NAMA AHLI KELUARGA ANDA DENGAN BETUL.
Sunday, 11 December 2011
MENGENAL SAYUR-SAYURAN
DENGAR DAN SEBUT DENGAN BETUL NAMA SAYUR-SAYURAN DI ATAS. TULISKAN NAMANYA DI DALAM BUKU TULIS.
1. Tomato
2.Bawang
3. Cili
4. Kobis
5. Halia
6. Kacang Panjang
7. Petai
8. Terung
9. Sawi
10. Kangkung
1. Tomato
2.Bawang
3. Cili
4. Kobis
5. Halia
6. Kacang Panjang
7. Petai
8. Terung
9. Sawi
10. Kangkung
MAKLUMAT UMUM KSSR PKHAS
Laman ini akan memaparkan beberapa Komposisi KSSR dan peruntukan waktu bagi Program Pendidikan Khas.
MENGUASAI KEMAHIRAN TATABAHASA
- Tatabahasa adalah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa ( Nik Safiah Karim,2002).
- Mempelajari tatabahasa pada peringkat awal dapat membantu muridmurid membina ayat dengan lebih baik.
- Di bawah adalah pelajaran berkaitan Tatabahasa. Guru dan ibu bapa boleh membimbing murid dengan memberikan contoh -contoh tambahan selain daripada yang dipaparkan.
- Selamat belajar dan menguasai tatabahasa.
MENULIS HURUF ABJAD BESAR DENGAN BETUL
Hai adik-adik.... hari ini adik-adik membuat latihan berdasarkan paparan yang cikgu tunjukkan. Sila ambil kertas dan pensil untuk menyalin semula bentuk huruf yang dilihat. Selamat mencuba....
A B C D E
F G H I J
K L M N O
P Q R S T
U V W X Y Z
A B C D E
F G H I J
K L M N O
P Q R S T
U V W X Y Z
MARI BERGEMBIRA
Menurut Yunus Maris ( 1980 ) dalam bahasa Melayu Baku terdapat 6 vokal iaitu /i /,/e taling /, /e pepet/ , /a/, /o/ dan /u/. Manakala terdapat 21 huruf konsonan Bunyi bagi vokal membantu murid menguasai kemahiran membatang suku kata apabila huruf konsonan bergabung dengan vokal. Dengan gabungan KV, bunyi sesuatu suku kata boleh dihasilkan. Kemahiran ini sangat penting dipelajari agar murid biasa mendengar bunyi dan akhirnya mudah untuk menguasai kemahiran membaca.
Untuk menarik minat murid-murid,
Mari belajar sambil menyanyikan lagu ini..SELAMAT BERGEMBIRA
Mari belajar sambil menyanyikan lagu ini..SELAMAT BERGEMBIRA
Friday, 2 December 2011
MARI BACA KISAH KURA-KURA DAN ARNAB.
Guru akan membimbing murid sambil mendengar kisah ini. Murid-murid sila dengar kisah kura-kura dan arnab ini dengan teliti. Jawab soalan-soalan yang guru kemukakan. Soalan yang dikemukakan boleh dipelbagaikan oleh guru.
TAJUK : MENGENAL BUAH-BUAHAN TEMPATAN
Buah-buahan tempatan memang enak di makan oleh setiap orang.Buah-buahan tempatan bermaksud buah-buahan yang ditanam di negara kita Malaysia. Terdapat berbagai jenis buah-buahan tempatan seperti pisang, durian, ciku,manggis, langsat, rambutan, betik, tembikai, nangka , cempedak, limau dan sebagainya. Buah-buahan tempatan ini mempunyai berbagai bentuk dan warna.Mari kita mengenal beberapa jenis buah-buahan tempatan. Sebut dengan betul.
Mengenal buah buahan tempatan
View more presentations from NoorliaAbdulKadir.
Thursday, 1 December 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)